Pages

14 Jul 2012

CP - Permohonan

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Pagi kepada semua. 

Pagi ini Chibi nak beritahu beberapa perkara yang perlu di highlight bagi semua bakal pelesen di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Kalau entry Chibi sebelum nie berkenaan klasifikasi industri yang dikategorikan bercukai, kali ini Chibi beri sedikit info tentang permohonan lesen. 

Sebenarnya ada dua cara untuk memohon. Pertama, secara manual dan kedua, permohonan secara elekronik. 

Permohonan Lesen
Permohonan secara manual menggunakan Borang JKED No. 1 hendaklah dikemukakan dalam dua salinan ke Pejabat Kastam yang terdekat dengan tempat perniagaan dijalankan.

Permohonan secara elektronik (e-Lesen)
  1. e-Lesen atau Electronic License adalah satu aplikasi permohonan dan pengeluaran lesen cukai perkhidmatan dibuat secara elektronik. Pengguna boleh memohon melalui e-Lesen untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
  2. Permohonan lesen baru
  3. Permohonan lesen berpusat
  4. e-Lesen adalah merupakan aplikasi yang berasaskan web. Ia boleh dicapai secara elektronik menggunakan komputer yang mempunyai talian internet dengan melayari laman web  www.customs.gov.my
  5. Dokumen Untuk Permohonan Lesen
  6. Surat permohonan rasmi syarikat
  7. Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan
  8. Dokumen pendaftaran syarikat ROB/ROC
  9. Memorandum & Article of Association
  10. Salinan kad pengenalan / passport
  11. Dokumen kelayakan profesional daripada badan-badan profesional, jika berkaitan
  12. Salinan lesen daripada pihak berkuasa tempatan, jika berkenaan
  13. Lesen ejen kastam di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967, lesen gudang berlesen awam, depoh pelepasan pendalaman dan surat kelulusan untuk berurusan sebagai ejen kastam, jika berkaitan
  14. Gambar pemohon

    So semoga berjaya. 

No comments:

Post a Comment