Pages

14 Jul 2012

Cukai Perkhidmatan ? Apa tue ???

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu sumber hasil negara adalah daripada kutipan cukai. Sebut jer pasal cukai, mesti dalam kepala Lembaga Hasil Dalam Negeri a.k.a LHDN. Kalau Chibi cakap, cukai nie ada kaitan dengan Kastam, you all percaya tak? Chibi cuba gunakan bahasa ikut buku. Percukaian di Malaysia melibatkan dua (2) jenis cukai iaitu cukai langsung dan tidak langsung. LHDN kutip cukai langsung cam corporate tax, individual tax... Kastam pulak pungut cukai tidak langsung dan salah satunya Cukai Perkhidmatan.

Ok... contoh paling simple... cuba periksa dekat resit McD. Ada tertera Government Tax 6%? Itu yang kastam collect. 

Sebenarnya banyak industri yang perlu bayar cukai perkhidmatan nie. Sebagai pengguna, kita kena tahu industri apa yang layak jadi pengantara pemungut untuk Kastam. 

Kalau refer kat Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Jadual Kedua (Peraturan 3 dan 4) Kumpulan A hingga G, menyenaraikan orang yang kena bayar cukai dan perkhidmatan yang kena bayar cukai. Akta nie boleh didapati di toko-toko buku. Ok...Chibi bagi list tue seperti di bawah
  • Kumpulan A : Hotel 
  • Kumpulan B1 : Restoran terletak dalam hotel yang mengandungi lebih 25 bilik
  • Kumpulan B2 : Restoran yang terletak dalam hotel yang mengandungi 25 bilik atau kurang
  • Kumpulan C : Restoran terletak luar hotel
  • Kumpulan D : Kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan, rumah urut, rumah awam dan rumah bir
  • Kumpulan E : Kelab Persendirian
  • Kumpulan E1 : Padang golf dan padang sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E
  • Kumpulan F : Hospital Persendirian
  • Kumpulan G : Penyedia Perkhidmatan Lain
Chibi akan bincangkan satu persatu industri berdasarkan permintaan you all untuk terangkan.. kalau tak, Chibi citer yang mana yang patut jer la. Jangan malu nak bertanya. 

Chill...Salam

No comments:

Post a Comment