Pages

14 Jul 2012

CP - Kumpulan A : Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari nie Chibi berkongsi tentang perkhidmatan di bawah kategori Kumpulan A : Hotel.

Di bawah kumpulan ini, hanya applicable kepada mana-mana orang yang mengendalikan hotel yang mempunyai 26 bilik ke atas. Ingat, ia tak termasuk hostel [bilik penginapan untuk staf], bilik pengurusan.

Yang bercukai adalah seperti berikut :
  1. Penginapan
  2. Service apartment/bilik yang diuruskan oleh pihak hotel
  3. F & B [Penyediaan makan dan minum]
  4. Perkhidmatan dalam bentuk 'corkage', 'towel charge' atau 'cover charge'
  5. Bilik seminar, mesyuarat atau promosi pertunjukan kebudayaan/fesyen [untuk majlis kahwin pun kena gak]
  6. Perkhidmatan kesihatan [let say ada Spa, urut badan kecuali gym]
  7. Perkhidmatan urut
  8. Parking
  9. Apa sahaja yang berkaitan charge untuk golf
Jangan la charge client cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kat bawah nie:
  1. Sewa swimming pool, tennis court, camping site
  2. Dobi, jualan barang runcit dan yuran pembatalan
  3. Charge teksi limousin
  4. Caj servis, caj telefon, internet, WiFi dll
Hopefully perkara nie dapat membantu. 

No comments:

Post a Comment