Pages

15 Jul 2012

Program Diet - SDII

Assalamualaikum...

Pagi yang indah ini, Chibi nak berkongsi tentang fenomena yang melanda dunia pelangsingan... Produk New Image, iaitu SDII Alphalipid... Pernah dengar?

Chibi ikuti program diet nie. Kepada sesapa yang tak berapa gemar makan nasi, mee atau sebarang sumber karbo, masa nie la you all guna program diet nie. Chibi? Selama 3 minggu Chibi cuba, plus tak berapa nak bersenam, makan on-off, pastu makan gak nasi, Chibi turun 6kg. Ok la kan.

Harga? Tue yang Chibi rasa, agak susah nak maintain. Seminggu at least Chibi kena spend RM150.00 [Harga Ahli]. Kena makan banyak protein cam ikan, ayam... no limit. Dia turun tak de la mendadak. Sehari ada la 200g. [Ambil perhatian, Chibi tak berapa nak displin].

Chibi stop sekejap. Lepas 3 minggu, Chibi makan balik nasi cam biasa. So selepas 2 minggu, berat Chibi naik balik dalam 2 kg. Memang la sesetengah orang cakap 'ala, baru 2 kg'. Berat Chibi 72 kg dengan ketinggian 163 cm.

InsyaAllah, dengan menggunakan diet yang normal, jaga pemakanan... tak perlu produk macam nie.. bersenam sikit...asalkan sihat... So siapa berminat, leh tanya. Don't worry kay

14 Jul 2012

CP - Kumpulan B1 : Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Now, we move on kepada kumpulan yang seterusnya. Selalunya, kalau pihak hotel dah tak nak peningkan kepala, mereka prefer outsource pengurusan restoran. So basically, restoran ini ditempatkan di dalam hotel. Jadi, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak restoran tue adalah BERCUKAI. Tapi tak la semua. 

Perkhidmatan yang kena cukai adalah seperti berikut :
  1. Penyediaan makan, minum atau keluaran tembakau
  2. Corkage charge, towel charge atau cover charge
  3. Parking
  4. Penyediaan premis bagi mesyuarat atau promosi pertunjukan kebudayaan atau fesyen [termasuklah majlis kahwin dll]
  5. Catering services - dalam atau luar hotel
Yang selain daripada di atas adalah tidak bercukai





CP - Kumpulan A : Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari nie Chibi berkongsi tentang perkhidmatan di bawah kategori Kumpulan A : Hotel.

Di bawah kumpulan ini, hanya applicable kepada mana-mana orang yang mengendalikan hotel yang mempunyai 26 bilik ke atas. Ingat, ia tak termasuk hostel [bilik penginapan untuk staf], bilik pengurusan.

Yang bercukai adalah seperti berikut :
  1. Penginapan
  2. Service apartment/bilik yang diuruskan oleh pihak hotel
  3. F & B [Penyediaan makan dan minum]
  4. Perkhidmatan dalam bentuk 'corkage', 'towel charge' atau 'cover charge'
  5. Bilik seminar, mesyuarat atau promosi pertunjukan kebudayaan/fesyen [untuk majlis kahwin pun kena gak]
  6. Perkhidmatan kesihatan [let say ada Spa, urut badan kecuali gym]
  7. Perkhidmatan urut
  8. Parking
  9. Apa sahaja yang berkaitan charge untuk golf
Jangan la charge client cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kat bawah nie:
  1. Sewa swimming pool, tennis court, camping site
  2. Dobi, jualan barang runcit dan yuran pembatalan
  3. Charge teksi limousin
  4. Caj servis, caj telefon, internet, WiFi dll
Hopefully perkara nie dapat membantu. 

CP - Permohonan

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Pagi kepada semua. 

Pagi ini Chibi nak beritahu beberapa perkara yang perlu di highlight bagi semua bakal pelesen di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Kalau entry Chibi sebelum nie berkenaan klasifikasi industri yang dikategorikan bercukai, kali ini Chibi beri sedikit info tentang permohonan lesen. 

Sebenarnya ada dua cara untuk memohon. Pertama, secara manual dan kedua, permohonan secara elekronik. 

Permohonan Lesen
Permohonan secara manual menggunakan Borang JKED No. 1 hendaklah dikemukakan dalam dua salinan ke Pejabat Kastam yang terdekat dengan tempat perniagaan dijalankan.

Permohonan secara elektronik (e-Lesen)
  1. e-Lesen atau Electronic License adalah satu aplikasi permohonan dan pengeluaran lesen cukai perkhidmatan dibuat secara elektronik. Pengguna boleh memohon melalui e-Lesen untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
  2. Permohonan lesen baru
  3. Permohonan lesen berpusat
  4. e-Lesen adalah merupakan aplikasi yang berasaskan web. Ia boleh dicapai secara elektronik menggunakan komputer yang mempunyai talian internet dengan melayari laman web  www.customs.gov.my
  5. Dokumen Untuk Permohonan Lesen
  6. Surat permohonan rasmi syarikat
  7. Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan
  8. Dokumen pendaftaran syarikat ROB/ROC
  9. Memorandum & Article of Association
  10. Salinan kad pengenalan / passport
  11. Dokumen kelayakan profesional daripada badan-badan profesional, jika berkaitan
  12. Salinan lesen daripada pihak berkuasa tempatan, jika berkenaan
  13. Lesen ejen kastam di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967, lesen gudang berlesen awam, depoh pelepasan pendalaman dan surat kelulusan untuk berurusan sebagai ejen kastam, jika berkaitan
  14. Gambar pemohon

    So semoga berjaya. 

Cukai Perkhidmatan ? Apa tue ???

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu sumber hasil negara adalah daripada kutipan cukai. Sebut jer pasal cukai, mesti dalam kepala Lembaga Hasil Dalam Negeri a.k.a LHDN. Kalau Chibi cakap, cukai nie ada kaitan dengan Kastam, you all percaya tak? Chibi cuba gunakan bahasa ikut buku. Percukaian di Malaysia melibatkan dua (2) jenis cukai iaitu cukai langsung dan tidak langsung. LHDN kutip cukai langsung cam corporate tax, individual tax... Kastam pulak pungut cukai tidak langsung dan salah satunya Cukai Perkhidmatan.

Ok... contoh paling simple... cuba periksa dekat resit McD. Ada tertera Government Tax 6%? Itu yang kastam collect. 

Sebenarnya banyak industri yang perlu bayar cukai perkhidmatan nie. Sebagai pengguna, kita kena tahu industri apa yang layak jadi pengantara pemungut untuk Kastam. 

Kalau refer kat Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Jadual Kedua (Peraturan 3 dan 4) Kumpulan A hingga G, menyenaraikan orang yang kena bayar cukai dan perkhidmatan yang kena bayar cukai. Akta nie boleh didapati di toko-toko buku. Ok...Chibi bagi list tue seperti di bawah
  • Kumpulan A : Hotel 
  • Kumpulan B1 : Restoran terletak dalam hotel yang mengandungi lebih 25 bilik
  • Kumpulan B2 : Restoran yang terletak dalam hotel yang mengandungi 25 bilik atau kurang
  • Kumpulan C : Restoran terletak luar hotel
  • Kumpulan D : Kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan, rumah urut, rumah awam dan rumah bir
  • Kumpulan E : Kelab Persendirian
  • Kumpulan E1 : Padang golf dan padang sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E
  • Kumpulan F : Hospital Persendirian
  • Kumpulan G : Penyedia Perkhidmatan Lain
Chibi akan bincangkan satu persatu industri berdasarkan permintaan you all untuk terangkan.. kalau tak, Chibi citer yang mana yang patut jer la. Jangan malu nak bertanya. 

Chill...Salam